Thursday, May 17, 2012

Aisya Amani 1Y 9M 25D - Mr. BearBear


Ni namanya Mr. BearBear.

Mr. BearBear ini sebenarnya saya yang punya. Dah 10 tahun tau usia bear ni. Tapi rupanya memang masih elok sangat. Saya beli dekat Jusco Tmn U. Lama sangat dah. Tahun 2002. 1st year kat UTM. Haha tak ada orang nak hadiahkan teddy bear, maka kita beli sendiri jelah. Masa tu keluar ke Jusco dengan Farah Shahida. Dia beli satu, saya beli satu. Bear yang sama, sebijik. Agak-agak Farah Shahida masih ada lagi ke tak bear ni ye?

Dulu masa mula-mula saya bagi Amani bear ni, dia tidak mahu. Dia sangat tak suka. Dekatkan aje bear ni dengan dia, dia akan jauhkan badan dia. Dekat pon tak nak. Geli agaknya.

Tapi sejak-sejak ada adik sekarang, Mr. BearBear ni lah best friend dia. Ke mana-mana usung bear. Bangun pagi carik bear, nak tidur pun carik bear. Nak minum susu, bear tu kena baring sebelah dia. Nak keluar pegi jalan-jalan pun, nak bawak bear.

Macam petang tadi, kami nak ke kebun. Dah dekat pintu nak keluar dari rumah, tiba-tiba dia berlari masuk ke dalam bilik. Ingatkan kenapa. Rupa-rupanya nak ambik bear. Then bila dah sampai kebun, nak turun tu saya suruh dia tinggalkan bear dalam kereta, pun dia tak nak. Nak jugak bawak. Alahai kakak kakakk..

Tetap setia dengan bearnya.


Pakai tudung. Baju tak nak pakai. Tapi bear tetap tak tinggal.

Kadang-kadang saya perhatikan, dia layan bear tu macam saya layan Amanda. Pernah satu masa, ketika kami berdua tengah makan, tiba-tiba Amanda menangis. Saya pon bangun angkat Amanda, then sambung makan sambil pangku Amanda. Tengok saja apa yang saya buat, dia pun kelam kabut bangun carik bear. Lepas tu, datang balik sambung makan sambil pangku bear. Dan lepas hari tu pun, tiap kali makan, dia akan pangku bear atas riba dia.

Sama jugak bila saya breastfeed Amanda, dia akan duduk sebelah saya sambil buat gaya breastfeed bear.


Makan dengan bear.


Pakaikan bear pampers.

Macam-macam lagi lah benda yang dia tiru. Memang kelakar bila tengok aksi dia. Tergelak-gelak saya. Tapi kadang-kadang rasa kesian pulak. Rasa macam dia rasa tersisih sejak mama dah ada baby. Rasa macam dia rasa saya tak layan dia, jadi dia pandai-pandai bawak diri main sendiri. Oh sedihnya bila terfikir macam tu T__________T

Amani sayang, mama tetap sayang kamu tau. Tak pernah berkurang pun. Tak kira lah berapa ramai adik-adik kamu lepas ni, sayang mama pada kamu tetap sama. Mama sayang semua anak-anak mama. Ingat tu tau..
Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

  1. wah... cik zugai dah ada kebun??? bestnyer... saya juga yang masih tercari2 lagi...

    ReplyDelete