Monday, May 7, 2012

Story story sket




Lama betul tidak update blog. Tidak pernah terfikir, sibuk sungguh rupanya jadi ibu beranak dua ini. 24 jam sehari rasa macam masih tidak cukup. Sentiasa terkejar-kejar. Penat. Tetapi alhamdulillah hati sangat gembira.

Lama tidak tayang gambar budak berdua itu kan? Ini gambar petang bila entah. Si kakak tertidur kepenatan. Sampaikan adik duduk atas dia pon boleh tidak sedar. Memang tidur bersungguh-sungguh betul ni.




Perasan artis lah tu kiri kanan orang ambil gambar :p




Seronok bukan main muka Amanda. Lagi lagi sebab dapat buli kakak macam itu. Bila lagi nak dapat can macam ni kan :D







Papa with dua anak dara ;)




Sekejap je rasa, tengok tengok dah besar pon Amanda. Today Amanda sudah pun 4 bulan 4 hari. Amani pula sudah 1 tahun 9 bulan. Sekelip mata je rasa anak anak membesar. Nanti sedar sedar anak dah masuk sekolah kot.

Ishh kalau boleh tak nak anak membesar cepat cepat sangat. Boleh?
Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment