Tuesday, October 20, 2015

Sushi lagi ;)

Ni cerita last weekend. Sabtu kot. Keluar gi Aeon Big nak beli barang sikit2. Bila tanya budak2 nak makan apa, Amani dah beriya nak sushi. Amanda ikut aje. Apa Kakak Amani nak, dia pon nak. So jom sushi jela..

Aeon Big Wangsa Maju ni baru renovate. So Sushi King ni pon rupa parasnya agak baru la. Masih muda remaja gitu. Ok la macam lebih selesa dari Sushi King Aeon AU2. Satu je yang tak best. Air panas dah tak dapat dalam thermos jug ke flask panggil tu. Tapi kena tadah kat tap air panas yang dia letak kat tepi setiap meja. Cam tak best hehe.. Padahal sama je air panas je pon kannn :p

Gambar makanan takde. Sebab dah lapar ngap jela laju2. Ada la gambar snap muka sorang2 masa baru duduk. Selfie2 sikit, pastu simpan henpon, dahh jom makannn!!


Aisya Amanda. Asal nak snap gamba je tangan taruk kat pipi. Bila suruh turunkan tangan, dia cakap "letak tangan sini la cantikkk" hoh macam2 tau!


Tangan di pipi lagi !


Dan lagi!! Hahaha grrrr sabar jelah..


Aisya Amani dan Aisya Amalia. Si kecik tu 10 minit jela mampu bertahan duk diam kat kerusi. Lepas tu mula la nak memanjat keluar  >____<



Muka Mama saja je buat2 terpotong gitu. Bukan tangan tak cukup panjang tapi nak cover muka yg lebar cam pinggan. Tapi tetap nampak lebar gak kahhhh T.T

Dah tu aje. Gambar sushi takde. Nak gambar sushi ataupon resepi nak buat suahi boleh google ye. Heheh

Time nak bayar cashier offer utk buat member card. Ada member card boleh dapat diskaun 10% anytime and kalau on 20th of the month boleh dapat 20%. Memandangkan kami selalu makan sushi, ok la kita register jela membership. Bayar RM20 utk card tapi dapat balik voucher RM20. So kira cam register free jela :)

Lepas dah kenyang baru masuk Aeon Big beli barang sikit2. Barang makan je pon. Pastu masuk Mr.DIY jap tapi tak jumpa barang yang nak. Mr.DIY Aeon AU2 tetap terbaik hehe. Pastu balik jela nak jalan2 pon dah dah tak larat. Lagipun ada nak COD Ellfie kat Sri Rampai lepas tu. Dah 3 kali customer ni repeat order. Alhamdulillah Ellfie sesuai dengan dia. Tengok kulit dia pon dah improve banyak dari 1st time jumpa dulu. Happy!! 

Ok tu jela cerita Sabtu. Weekend jela boleh bawak bebudak keluar jenjalan. Tu pon boleh jalan2 indoor jela. Nak keluar outdoor musim2 jerebu ni memang sebolehnya nak elak. Jerebu teruk sangat tahap asap kuning dah :( Amani pon asyik dapat cuti jela dah 3 hari berturut2 dah ni. Campur weekend haritu dah 5 hari straight tak sekolah. Hopefully cepatlah keadaan okay balik walaupon dalam paper cakap jerebu sampai Mac depan?? Apekahh??? Harapnya tak seteruk tu. 

Eh okla cam tersasar jauh plak cerita hahaha. Standard la tu :p Till then. Daaa ~


No comments:

Post a Comment