Monday, November 16, 2015

Day 1/290 - Goodbye Papa !

Cerita semalam. 

Bermulanya journey 290 hari kami tanpa yg tersayang di sisi T_T

Flight Papa ke US pukul 11.59pm 15 Nov. Korean air. Transit di Incheon, Seoul then naik Delta Airlines pula ke Detroit. Pastu tukar pulak flight lain utk ke San Antonio. Total lebih kurang 29 hours termasuk transit. By now 11.22pm 16 Nov Papa belum sampai Detroit pon lagi..

Takleh nak cite panjang2. Sedih sedih sedih ! Jom layan gambar la..


Gerak dari rumah after Maghrib. Sampai KLIA lebih kurang pukul 9. Anak anak excited sampai airport. Tahu Papa nak gi US lama. Tapi masih kecik kot nak pahamkan 10 bulan tu lama mana :( 
Tu yang seronok je semua

Thanks Mak Ayah datang hantar sekali. Abang Har saya n wife dia, Kak Zie pon ada datang airport sekali


Beramai-ramai kat counter check in macam nak ikut sekali je


Muka seronok je Aisya Amani macam dia pulak yg nak fly! Setakat baru sehari ni memang budak2 ni cam biasa je lagi. Tak terasa lagi kot. Confirm nak dekat seminggu nanti mula la dua2 tu duk tanya bila Papa nak balik :(


Flight Papa 11.59pm


Aisya Amanda. Budak yang paling manja dengan Papa. Nak tidur ngan Papa. Kluar berjalan mesti pegang tangan Papa. Kalau makan nak duduk sebelah Papa. Semua Papa Papa Papa. Tapi time ni langsung taknak ambik gambar ngan Papa :(


Aisya Amalia. Papa pergi dia baru nak bertatih. InsyaAllah Papa balik nanti dia dah berlari..


Cuba untuk senyum tapi dalam hati menangisss huuuu


Our small family. Time to say goodbye :'(




InsyaAllah see u soon in 10 months sayang. May Allah ease everything for us. Aaminn ~

No comments:

Post a Comment