Thursday, December 3, 2015

Day 18/290 - Bye KL! Hi Terengganu!

Terasa dah lama tak menulis kat sini. Ingatkan dah sebulan lebih Papa kat sana. Tapi baru 18 hari rupanya. 
Tak sempat nak update banyak benda. 2 minggu yg lepas busy dengan macam2. 

Alhamdulillah kami 4 beranak dah balik Terengganu dah seminggu. Rasanya better duduk sini jela. Actually takde masalah pun kalau nak duk KL 4 beranak. Boleh je survive. Tapi memikirkan dari segi safety. Dan juga emosi anak2. So better duk sini jela. Ramai jugak muka lain dorang boleh tengok. Takdela siang malam mengadap muka Mama je. 

Sebelum balik sini aritu, Tok Mie datang KL check mata. Dulu operate mata kat sini. klinik Pakar Mata Shukri dan Hardeep. Kat Jalan Ipoh dekat2 ngan Chow Kit. Lama dah operate tu tahun 2007 kot. So biasa la lama2 ada rasa tak selesa ke apa gi follow up sini balik la. 



Kekanak ribena. Rupa klinik ni sama je macam saya datang 8 tahun lepas hehe. Tapi katanya dah nak pindah ke tempat baru dah dalam masa terdekat ni. Lupa pulak dia sebut kat mana. 



Tok mie dan Pok De
(Ummi tersayang dan abg saya yg no 10)

Alang2 Tok Mie datang KL, Pok Shor (abg saya yg no 6) bawak la jalan2 sekali. Next day tu pegi IOI City Mall. Saya pun 1st time la jejak situ hehe. Kalau tak memang malas la saje2 nak pegi sampai Putrajaya sana. 

Before tu lunch kat Saba Restaurant Cyberjaya. 



Confident je belek menu kannn





Takde keje nak tunggu makanan sampai. Selfie jela kejenya. 



Lamb Mandy favourite semua :)

Alhamdulillah semua menu memang sedap. Tok Mie yang tak berapa selera makan pun boleh makan banyak sikit kat sini. 

Dah kenyang jom jalan jalan! 



SSC tertinggal. So kita pinjam stroller mall la ye. 

Jalan2 takde tujuan pun. 


Last2 duk main binatang2 ni haha


Pastu petang Pok Shor bawak gi swimming kat Marina Putrajaya (Marina ke Maritime ek ntah lupa plak). Seronok la budak2 ni dah lama tak pegi swimming pool. Tapi dapat mandi kejap je. Sebab pergi pun dah lewat. 645 petang rasanya dia dah tutup untuk session petang. Lepas tu pukul 8 kot baru bukak balik untuk session malam. 


Bebudak excited. 


Yang si kecik ni lagila excited. First time masuk pool. Mula2 nangis. Dah rasa best tu mula la liat takmau keluar. 

After 4 malam Tok Mie kat KL, lepas tu balik Tganu la sama2 ngan kami skali. Babai rumah KL. Taktau la bila lagi akan balik semula jenguk rumah. Huhu sedihhh. Rindu sangat2 kat rumah sendiri  :(


Otw balik kampung. Bye KL! See u again in....... (tak tahu lagi bila sob sob)

No comments:

Post a Comment