Wednesday, December 9, 2015

Day 24/290 - Happy Birthday Yaya!!



9 Dec 2015 - Alhamdulillah hari ni anakanda yg no 3 dah pun setahun. 
HAPPY 1ST BIRTHDAY AISYA AMALIA!!
Mama Papa Kakak Amani & Kakak Amanda love u so much! 
Mama doakan Yaya membesar sihat dan kuat, jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat :)

Takde plan nak celebrate beriya pun. 
Just nak bawak Yaya dan kakak2 makan kek aje. Dah lama tak belikan budak2 ni kek. 
Aritu birthday Kak Sara (1 Dec) Mok Yong bagi kek chocolate indulgence. Bukan main semangat lagi tiga2 makan (iya Yaya skali join ngap kek haha) 
So meh arini kita gi makan kek lagi :)

Pergi Giant Gong Badak je. Sampai2 Giant birthday girl tertidur plak. Kita lepak dalam kereta dulu la bagi birthday girl puas sikit tido


Layan selfie dulu 3 beranak haha


Dan lagi ;p


Sedap pulak si kecik ni tido. Terpaksa la angkat jugak kalau tak makin lambat la. Keluar pon dah lambat. Tapi budak ni memang takde hal. Kejut je terus mood okay. Good girl sangat ni :)

Takde nak jalan2 sangat pun. Terus tuju Secret Recipe.


Kakak Amani memang suka je nak bergambar. Kakak Amanda ikut mood. Tu muka malas nak layan la tuuuu >_____<


Mama with birthday girl :D


4 of us. Without our hero. Missing you so much Papa  T__T


Chocolate moist tu Kak Amani pilih. Padahal dia suka indulgence tapi nak choc moist ni jugak. Geram betul. Baik beli Anis choc moist je kalau gitu huhu

Red Velvet Kak Amanda pilih. Ok la seb baik Mama pun suka. Walaupun nak cheese cake sebenarnya. Nak order banyak2 takmau la tamak sangat sebab budak2 ni bukan abis pun makan 1 slice sorang. 


HAPPY 1ST BIRTHDAY AISYA AMALIA!!

Buat cukup syarat je tu hehe tapi yg ngap nanti orang lain. 



Oh ya! Birthday girl ada blusher ye kat pipi kiri. Jalan baru huyung hayang tapi tahap confident tinggi. Laju pulak tu taknak bagi orang sempat tangkap. Last2.. Terantuk pintu bilik T______T


Hehe kan betul last2 kakak2 yg ngap. Takpe2 hari ni Yaya belanja okay ;)


Busy belek menu. Emmm nak order apa lagi yee???




Happy little girl. Yaya pun nak jugak!!








Dah besar la kononnya. Makan pun nak sendiri. 


Emm sedapp sangat ni sampai licin Yaya makan hihi

Selesai makan, nak masuk Giant jap carik olive oil untuk Tok Mie. Sekali kat depan2 pintu masuk Giant ada banyak bersusun teddy bear. Ada yg nak sama besar ngan Mama pun ada. Kak Amani bodek belikan untuk Yaya. Hadiah birthday katanya. Tapi takmau la besar2 camtu. Beli kecik dah la. Nak beli untuk birthday girl je tapi last2 kakak-kakak pun dapat sekali. Pandai la kan sendiri yang nak cakap untuk Yaya pulakkk




Dark pink Amani punya
Red Amanda punya
Soft pink Amalia punya

*______* pitam Mama

Pastu bawak main2 jap sebelum balik













Si kecik ni pun nak main gak. Layankan jelaaa




Tu je cerita birthday Yaya. Coming soon next month birthday Kak Amanda pulak. Without Papa jugak. Boleh kata setahun punya tarikh2 penting Papa takde kat sini nak celebrate sama2. 

9 dec Yaya 1st bday
3 jan Amanda 4th bday
29 jan bday Papa
8 may bday Mama
6 june 7th anniversary  T.T
6 july raya puasa!
21 july Amani 6th bday

Takpe. Papa takda depan mata. Tapi yang penting Papa sentiasa ada dalam hati kami :*)



Loving a military man is not hard. The distance is hard, the worry is hard, the sacrifices are hard. But loving him... that's the easiest thing I've ever done.

</div>


No comments:

Post a Comment