Friday, February 5, 2016

Day 82/249 - Bila lah nak rajin update??


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tiba2 rajin nak kira hari. Ambik kau tiba2 je dah day 82. Last entry day 24. Berapa lama dah tu hahaha

Macam cepat pulak masa berlalu. Busy sehari-hari dengan urusan anak2. Niat nak rajin update blog tu tinggal niat dan angan2 jelah nampaknya!

Dalam draft banyak la bersusun. Cerita anak 1st day sekolah la. Cerita birthday Amanda la. Taktaula sampai bila nak terperap situ huwarghh

Layan gambar 2 kakak ni dulu la. Suka letak kat blog. Senang nanti nak belek2 balik. Kalau dalam phone tu memang jarang la nak tengok2. Lagi sedih tiba2 phone format ke memory card hilang. Terus takde semua :(

Gambar petang tadi. Paksa nak ambik gambar. Tu yang muka senget2 tak puas hati. Tapi kaki silang bagai posing. Sape tah ajar huhu


Yang ni memang rambut fashion messy always. Kita ikat dia bukak balik. Rimas katanye. Pelik tul ade ke rimas plak bila ikat?? Macam2...


Terlebih chin up plak hahah. Kaki takyah nak silang sangat la dik oiii memang dah slim dah


Yang ni pulak gaya tangan macam nak menari ke ape tu? 


Pun kaki nak bersilang gak. Dapat idea dari mana entah. Mama ambik gambar pun tak pernah nak silang kaki nak oiii... Mama pandai pesen tiang bendera je haha


Yang si baju purple tu dah fed up melayan mama hihi


Mama duk paksa2 senyum memang camtu la muka senyum dia bagi. Yg Kakak Amani pulak muka nak control aje hehe

Ragam anak2 macam2 la. Penghibur hati penglipurlara

Yang si kecik tu lagi la macam2 pesen. Skarang ni naik je kete trus mintak spek itam. Pastu letak atas muka dia menten je gitu sepanjang jalan hahahha


Last2 sampai tertidur heheh

Ok lah selamat berhujung minggu semua. Long weekend utk yg kerja. Budak2 ni lagi best cuti straight trus seminggu! Phewww nanti nak start skolah balik boleh bayang dah Aisya Amanda punya drama pagi2 huhh

Daaa -


No comments:

Post a Comment